Perbincangan Kerjasama Strategik Stack Infrastructure & Johor Talent Development Council

Johor Talent Development Council (JTDC) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Stack Infrastructure bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh pembangunan modal insan negeri Johor, khususnya dalam bidang teknologi dan infrastruktur digital.

Kerjasama ini dijangka membuka peluang baharu dalam menyokong aspirasi Johor sebagai hab digital serantau, di samping memastikan bakat tempatan bersedia memenuhi permintaan industri berteknologi tinggi.

JTDC mengalu-alukan kerjasama ini sebagai langkah penting ke arah merealisasikan agenda pembangunan Johor yang lebih progresif, mampan dan berdaya saing di peringkat global.