Program Pelancaran Kerangka Pekerjaan Dan Insentif Penggajian Lepasan TVET Bagi Sektor Tekstil Dan Pakaian Daerah Batu Pahat

Pusat Tekstil dan Pakaian Malaysia (MATAC), dengan kerjasama Persatuan Pengilang Tekstil Malaysia (MTMA), telah mempromosikan dokumen kerangka pekerjaan dan laluan kerjaya dalam sektor tekstil dan pakaian serta taklimat insentif penggajian lepasan TVET yang dihadiri wakil-wakil industri tekstil dan pakaian seluruh Johor.

Encik Herman bin Raban, Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan Johor merangkap Sekretariat Johor Talent Development Council (JTDC), hadir selaku wakil rasmi Yang Berhormat Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, bagi menjayakan program yang berlangsung di Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor.

Program ini turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada agensi seperti HRD Corp, IRDA, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), JSkills serta pelbagai persatuan berkaitan. Tahniah MATAC !