Lawatan Kerja Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) Ke Unit SMI Johor

Selamat datang diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) ke pejabat Unit Strategik Modal Insan Johor.

Lawatan ini menjadi ruang penting dalam memperkukuh peranan Unit SMI sebagai pemacu utama dalam pembangunan modal insan Johor ke arah negeri berdaya saing, maju dan makmur.