Road To Pelancaran Johor Talent Hub

Selesai mesyuarat penyelarasan bersama jabatan dan agensi berkaitan bagi Majlis Pelancaran Johor Talent Hub.

Johor Talent Hub, yang bakal dilancarkan di Menara IIB Johor Bahru, akan menjadi pusat sehenti bagi menjayakan misi ini dengan lebih menyeluruh dan sistematik bagi pembangunan Johor Talent Development Council (JTDC).

Saya amat menghargai komitmen semua pihak yang sentiasa proaktif dalam memastikan kelancaran pelaksanaan agenda penting ini demi masa depan modal insan Johor.

In Shaa Allah, dengan iltizam yang kukuh dan sokongan padu semua pihak, usaha ini akan membawa limpahan manfaat kepada generasi muda Johor. Marilah kita sama-sama berdoa agar segala perancangan dan pelaksanaan majlis pelancaran ini dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.