Hari Kedua Reruai JTDC & Jskills Bersempena Hari TVET Negara 2025

Sempena sambutan Hari TVET Negara Tahun 2025 pada hari kedua-2. Program ini telah diluncurkan dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dengan penuh gemilang.

Turut hadir ke reruai JTDC & JSKILLS iaitu Encik Herman Raban, Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) dan Puan Maslina Aziz wakil JSKILLS.

Unit Strategik Modal Insan Johor selaku sekretariat Johor Talent Development Council – JTDC dan bersama rakan strategik Johor Skills Development Centre – Johor Skills, tetap bersama bagi menyampaikan pelbagai inisiatif serta peluang latihan kemahiran, penempatan kerja, dan pembangunan modal insan yang ditawarkan di bawah program Kerajaan Negeri Johor.

Jangan lepaskan peluang untuk:

✅ Mendapatkan maklumat terkini berkaitan peluang TVET di Johor
✅ Berinteraksi terus bersama pegawai JTDC & JSkills
✅ Menyertai aktiviti menarik & mendapatkan hadiah eksklusif
✅ Mendaftar terus untuk program latihan kemahiran PRO-Mahir dibawah JSKILLS

📍 Lokasi: Melaka International Trade Centre – MITC
📅 Tarikh: 11 Jun hingga 13 Jun 2025 (Rabu – Jumaat)
⏰ Masa: 8 pagi – 8 malam

Mari bersama-sama memacu masa depan kerjaya anda melalui JTDC & TVET Johor!