Kunjung Hormat Wakil Kejora Ke Unit Strategik Modal Insan Johor

COURTESY VISIT BY KEJORA REPRESENTATIVES TO THE JOHOR HUMAN CAPITAL STRATEGIC UNIT

Today, the Johor Human Capital Strategic Unit received a courtesy visit from representatives of the Southeast Johor Development Authority (KEJORA) as part of efforts to explore strategic collaborations in human capital development across the state.

The visit aimed to identify potential areas of cooperation under the Skills4Johor initiative, a key program under the Johor Talent Development Council (JTDC). This initiative focuses on upskilling, enhancing employability, and creating job opportunities—especially for youths and rural communities throughout Johor.

The discussion highlighted various opportunities for synergy between KEJORA and JTDC, particularly in expanding access to skills training, talent development, and employment programs in the Southeast Johor region and beyond.

The Johor Human Capital Strategic Unit welcomes this collaboration and is confident that such partnerships will drive impactful, inclusive, and sustainable outcomes for the state’s talent ecosystem.

We look forward to this engagement becoming the foundation for greater and more meaningful initiatives in the near future. 🤝✨

————————————————————————–

KUNJUNG HORMAT WAKIL KEJORA KE UNIT STRATEGIK MODAL INSAN JOHOR

Pada hari ini, Unit Strategik Modal Insan Johor telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dalam usaha memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan dalam pembangunan modal insan.

Kunjungan ini bertujuan untuk meneroka ruang dan peluang kolaborasi di bawah inisiatif Skills4Johor, yang merupakan antara agenda utama di bawah Johor Talent Development Council (JTDC). Inisiatif ini memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran, peningkatan kebolehpasaran dan penciptaan peluang pekerjaan kepada rakyat Johor, terutamanya golongan belia serta komuniti luar bandar.

Sesi perbincangan ini telah membuka pelbagai potensi sinergi antara KEJORA dan JTDC dalam usaha memperluaskan program latihan kemahiran, penempatan pekerjaan serta pembangunan bakat di kawasan Johor Tenggara dan sekitarnya.

Pihak Unit Strategik Modal Insan Johor amat mengalu-alukan kerjasama ini dan yakin bahawa jalinan strategik sebegini mampu membawa impak positif kepada ekosistem pembangunan modal insan negeri Johor secara menyeluruh.

Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada inisiatif yang lebih mampan, inklusif dan berdaya saing demi manfaat rakyat Johor. 🤝✨