Program Karnival TVET & Kerjaya Kulai 2025
Program ini berjaya membuka ruang kepada para belia dan pencari kerja untuk mendapatkan pendedahan secara langsung berkaitan peluang pendidikan dalam bidang TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) serta peluang kerjaya bersama pelbagai agensi dan majikan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Majlis Perbandaran Kulai, serta Perkeso Johor atas sokongan dan kerjasama padu yang menjayakan karnival ini.
Semoga penganjuran seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform berimpak tinggi dalam memperkasa belia, memperluas akses pendidikan TVET, dan meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja tempatan.