1,100 Guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah Bersedia Membangun Bersama Jtdc
Johor Talent Development Council (JTDC) bukan sahaja memfokuskan kepada mahasiswa sahaja, malah penglibatan pelajar lepasan sekolah dan kolej vokasional juga penting dalam memastikan keseimbangan ekosistem dalam membangunkan bakat-bakat anak muda Johor.
Hari ini saya berkesempatan berjumpa 1,100 guru Bimbingan & Kaunseling sekolah di seluruh negeri Johor bagi memberi penerangan dan informasi berkenaan JTDC.
Guru Bimbingan & Kaunseling adalah ‘nadi kerjaya’ di sekolah dan juga tempat rujukan pelajar dalam merancang masa depan. Maka, penting untuk mereka faham dasar kerajaan dan hala tuju pendidikan negeri supaya kesinambungan pembelajaran dan pembangunan pelajar dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun.
Saya juga berpeluang menyampaikan amanat khas sempena Persidangan Guru Bimbingan Kaunseling Negeri Johor Tahun 2025. Amanat ini menekankan betapa pentingnya peranan guru bimbingan & kaunseling dalam membentuk arah tuju pelajar selari dengan agenda negeri Johor.
Gabungan kekuatan antara pihak kerajaan, institusi pendidikan dan guru kaunselor inilah yang akan menjadi tunjang dalam membina masa depan cemerlang buat anak-anak Johor. Kerjasama strategik ini perlu diperkasa demi kemajuan bersama.
Terima kasih atas komitmen dan dedikasi semua guru bombingan & kaunseling. Terima kasih juga kepada Sekretariat JTDC yang sudi hadir memberi sokongan. Bersama kita jayakan misi ini dan membina Bangsa Johor yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing!