Majlis Bingkisan Hari Raya Aidilfitri Unit Strategi Modal Insan Johor

Encik Herman bin Raban, Pengurus Besar Unit SMI Johor menyemarakkan lagi bulan Ramadan dan kedatangan Syawal pada tahun ini dengan penyerahan bingkisan Hari Raya Aidilfitri kepada warga kerja Unit Strategik Modal Insan Johor.

Pengurus Besar Unit SMI Johor berharap agar rezeki yang disampaikan pada hari ini dapat menambah kegembiraan dan keceriaan para penerima dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Semoga Aidilfitri yang bakal menjelang dapat disambut dengan penuh kemeriahan bersama insan yang tersayang.