JTDC Skills Forged for Industry

Johor Bahru, 19 March 2025 – The Human Resource Development Corporation (HRDC) Johor successfully organized the JTDC Skills Forged for Industry session today, specifically for training providers (TPs) in Johor.

The session featured insightful sharing by Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI), Iskandar Regional Development Authority (IRDA), and EduCity, followed by a facilitated discussion led by HRDC. The engagement aimed to gather valuable feedback on how Johor-based training providers can contribute to the Johor-Singapore Special

Economic Zone (JS-SEZ) and Johor Talent Development Council (JTDC) agenda.

HRDC will consolidate the input received and present it during the upcoming JTDC Weekly Update Meeting to ensure continuous improvement and alignment with state initiatives.

Overall, training providers expressed enthusiasm about the session, gaining a clearer understanding of the JS-SEZ and JTDC initiatives. They conveyed their gratitude to the Johor State Government and expressed eagerness to explore opportunities for collaboration in supporting the state’s workforce development agenda.

__________________________________________________________________

Johor Bahru, 19 Mac 2025 – Human Resource Development Corporation (HRDC) Johor telah berjaya menganjurkan sesi JTDC Skills Forged for Industry hari ini khususnya untuk penyedia latihan (TP) di Johor.

Sesi ini menampilkan perkongsian bermaklumat daripada Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI), Iskandar Regional Development Authority (IRDA), dan EduCity, diikuti dengan sesi perbincangan yang dipimpin oleh HRDC. Sesi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai bagaimana penyedia latihan di Johor boleh menyokong agenda Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) dan Johor Talent Development Council (JTDC).

HRDC akan menyusun input yang diperoleh dan membentangkannya dalam Mesyuarat Kemaskini Mingguan JTDC yang akan datang bagi memastikan kesinambungan dan penambahbaikan dalam inisiatif negeri.

Secara keseluruhan, penyedia latihan di Johor berasa teruja dengan sesi ini kerana mereka mendapat pemahaman yang lebih jelas mengenai inisiatif JS-SEZ dan JTDC. Mereka turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Johor dan menyatakan kesediaan mereka untuk meneroka peluang kerjasama dalam menyokong agenda pembangunan tenaga kerja negeri.