Aktiviti meninjau tapak projek pejabat Johor Talent Development Council (JTDC)
Alhamdulillah, petang tadi saya berkesempatan meninjau tapak projek pejabat Johor Talent Development Council (JTDC) di Medini 9 bersama Encik Herman Raban, Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan Negeri Johor.
Pejabat ini masih dalam fasa awal perancangan, namun beberapa perubahan telah dilakukan bagi memastikan konsep yang lebih kondusif, efisien, dan dinamik. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan ruang kerja yang lebih produktif dan selesa.
Selain itu, saya juga sempat berkunjung ke pejabat HRD Corp untuk menyantuni pegawai-pegawai di sana serta melihat suasana kerja mereka.
In Shaa Allah, dengan perancangan yang teliti dan komitmen semua pihak, pejabat ini bakal menjadi pusat strategik dalam menggerakkan inisiatif pembangunan bakat di negeri Johor. Nantikan perkembangannya!