Revo Global & JTDC meterai persefahaman, perkukuh kerjasama
Alhamdulillah, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) dan Revo Global telah berjaya dilaksanakan di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad.
Kerjasama ini menandakan satu lagi langkah proaktif dalam memperkukuh pembangunan modal insan di Johor, seiring dengan aspirasi negeri untuk melahirkan bakat berkualiti tinggi dan berdaya saing.
Melalui kolaborasi ini, JTDC dan Revo Global akan berganding bahu dalam menyediakan pembangunan laman web, kemajuan sistem data serta pemerkasaan bakat tempatan dalam pelbagai industri.
Inisiatif ini dijangka membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada golongan belia serta tenaga kerja di Johor untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam menghadapi cabaran masa depan.
Semoga kerjasama ini membuahkan hasil yang bermanfaat serta memberi impak positif kepada ekosistem pembangunan bakat di negeri Johor.
Turut sama, Encik Randy Lim dan Encik Andrew Lee, Pengasas Bersama Revo Global; Encik Herman Raban, Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan Negeri Johor.