SESI PEMBENTANGAN PROGRES INISIATIF PEMBANGUNAN BAKAT OLEH JTDC KEPADA MENTERI BESAR JOHOR, YAB DATO’ ONN HAFIZ GHAZI

Hari ini, kami berbesar hati untuk membentangkan progres inisiatif pembangunan bakat oleh Johor Talent Development Council (JTDC) kepada Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi.

Mewakili JTDC adalah YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, En Najmie Noordin, Chief Talent Officer, Johor Corporation, Tuan Mohd Razi bin Aziz, Pengurus Kanan Operasi, Unit Strategik Modal Insan Johor (Unit SMI) dan Dr. Zeti Kasman, Head of Talent Development, Johor Corporation.

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah rangka kerja panduan yang akan memacu usaha JTDC dalam memajukan pembangunan bakat di negeri Johor dan mengukuhkan penglibatan industri bagi menjalin kerjasama yang lebih erat.

Menteri Besar Johor juga berkongsi harapan beliau untuk JTDC dijadikan sebagai satu platform dalam menghubungkan individu dengan peluang pekerjaan, meningkatkan kemahiran mereka, dan akhirnya membantu mereka memperoleh gaji yang lebih tinggi untuk memacu pertumbuhan ekonomi negeri.

Sewaktu pembentangan mengenai kemajuan dalam inisiatif peningkatan kemahiran, penempatan pekerjaan, dan kerjasama industri-akademia, Menteri Besar menyatakan penghargaan beliau terhadap sumbangan semua pihak dan menggalakkan JTDC untuk terus berusaha mencapai impak yang lebih besar.

JTDC terus komited dalam membangunkan tenaga kerja yang mahir untuk memenuhi keperluan industri, dan kami teruja untuk meneruskan usaha kami dalam mencipta peluang bermakna bagi tenaga kerja Johor pada masa hadapan.

Kami mengalu-alukan semua pemain industri untuk bekerjasama dengan kami dalam membentuk landskap bakat Johor.