Johor Bakal Melahirkan Lebih Ramai Jurutera Aeronautik & Juruterbang Bagi Memenuhi Pasaran Aeroangkasa

Alhamdulillah selesai perjumpaan bersama delegasi pengurusan tertinggi Netherlands Maritime University College (NMUC) yang diketuai oleh Prof. Dato’ Sri Dr. Captain Razali Yaacob, Pengasas & Pengerusi Eksekutif NMUC.

Perjumpaan ini membincangkan berkenaan pasaran kerjaya sebagai jurutera aeronautik dan juruterbang bertaraf dunia. Hal ini juga menjadi fokus utama bagi Negeri Johor yang mana lokasi startegik terletak diantara dua Lapangan Terbang Antarabangsa yang antara tersibuk di dunia (KLIA & Changi Airport).

Pada pandangan saya, idea bagi mewujudkan satu ekosistem pendidikan aeroangkasa amat penting dalam memenuhi pekerjaan global, terutamanya dalam usaha untuk memupuk minat terhadap bidang aeroangkasa sejak di bangku sekolah.

Pendedahan kerjaya kepada pelajar Tingkatan 3 dan 5 di Johor yang telah dicadangkan oleh pihak Netherlands Maritime University College (NMUC) dengan fokus kepada program jurutera pesawat berlesen, juruteknik, serta juruterbang yang kini menyediakan simulator penerbangan mudah alih yang bakal memberikan pengalaman unik kepada para pelajar.

Selari dengan matlamat JTDC yang bertujuan menyediakan latihan serta jaminan pekerjaan kepada anak-anak Johor, inisiatif pihak AMEC dalam menawarkan kursus kemahiran pendek kepada pelajar serta menyediakan jaminan pekerjaan membuktikan bahawa program JTDC ini sangat signifikan dan berpotensi mengubah masa depan anak-anak Johor.
 
#JTDC
#RakyatMestiTahu

Info dari Facebook YB Tuan Aznan bin Tamim (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor)