Johor Talent
SKILLS4JOHOR
Pengenalan Ringkas tentang Skills4Johor
SKILLS4JOHOR ialah sebuah inisiatif di bawah Majlis Pembangunan Bakat Johor (Johor Talent Development Council – JTDC) yang bertujuan meningkatkan kemahiran tenaga kerja di Johor bagi memenuhi permintaan industri, khususnya dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Program ini dibiayai melalui peruntukan khas sebanyak RM20 juta, dengan matlamat utama:
- Meningkatkan kemahiran tenaga kerja untuk memenuhi keperluan industri.
- Meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja dengan sasaran gaji premium.
- Mengurangkan ketidakpadanan kemahiran antara tenaga kerja dan keperluan industri.
- Menyusun semula ekosistem latihan dan tenaga kerja untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Johor.
Program ini menyasarkan rakyat Johor atau pemastautin yang telah menetap lebih dari 5 tahun, serta pelajar lepasan diploma dan TVET. Latihan disediakan oleh institusi latihan berakreditasi, dan penyertaan majikan adalah digalakkan untuk memastikan kebolehpasaran tinggi peserta selepas tamat latihan.
Pemantauan, penilaian hasil latihan, dan pembayaran dilakukan dengan ketat bagi memastikan ketelusan serta keberkesanan inisiatif ini dalam membentuk tenaga kerja berkualiti di Johor.
PRO MAHIR
Program Pembangunan Kemahiran Johor (PRO MAHIR) merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Johor di bawah seliaan Unit Strategik Modal Insan (SMI). Program ini bertujuan meningkatkan kompetensi tenaga kerja mahir menerusi pelbagai program latihan dan pensijilan yang diiktiraf industri agar lebih berdaya saing, bersesuaian dengan perkembangan pesat sektor ekonomi dan memenuhi keperluan industri khususnya dalam zon ekonomi khas Johor-Singapura (JS-SEZ)
- Lebih RM17 juta sudah dibelanjakan sejak mula.
- Seramai 3,500 orang telah mendapat manfaat.
- RM3 juta lagi diperuntukkan dalam Belanjawan Johor 2025.
- Kursus ditawarkan: CSWIP 3.0, Elektrik Fasa 3, Sistem Solar PV & Penghawa Dingin.
Program ini memberi tumpuan kepada belia, pencari kerja, serta pekerja sedia ada agar mereka lebih berkemahiran, mudah memperoleh pekerjaan, dan mampu bersaing dalam pasaran kerja.
JTDC JOB FAIR
JTDC Job Fair adalah karnival kerjaya yang dianjurkan oleh Unit Strategik Modal Insan melalui Johor Talent Development Council (JTDC), sebelum ini dikenali sebagai Gerak Kerjaya Johor (GKJ). Kini mentransformasikan jenama sebagai platform “JTDC Job Fair”, bertujuan memudahkan pencari kerja dan majikan berhubung secara langsung melalui sesi temuduga terbuka, semakan resume secara percuma, dan peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang menarik.
- Dianjurkan oleh Unit Stategik Modal Insan Johor melalui Johor Talent Development Council (JTDC) dengan sokongan Kerajaan Negeri Johor.
- Menyediakan platform percuma kepada pencari kerja mencari pekerjaan, temu duga secara langsung, dan klinik resume.
- Melibatkan pelbagai syarikat dan industri yang menawarkan peluang pekerjaan dengan gaji yang menarik.
Sasaran utama JTDC Job Fair ialah membantu pencari kerja di sama ada graduan baharu, individu yang menganggur, atau mereka yang ingin menukar kerjaya. Pada masa yang sama, program ini menjadi platform strategik bagi majikan mendapatkan pekerja yang tepat mengikut keperluan syarikat. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan kadar pengangguran serta melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing dan kompetitif.
K YOUTH
K-Youth merujuk kepada K-Youth Development Programme, sebuah inisiatif kebolehpasaran kerja khusus untuk belia Malaysia yang dianjurkan oleh Khazanah Nasional Berhad. Program ini direka untuk melengkapkan peserta muda dengan kemahiran praktikal dan pengalaman industri yang relevan, bagi memperkukuh peluang pekerjaan mereka.
- Peserta dapat elaun bulanan sekitar RM 2,500
- Latihan merangkumi kelas + latihan kerja sebenar di syarikat.
Program ini memberi peluang kepada belia Malaysia berusia 16 hingga 30 tahun untuk menjalani latihan industri intensif selama 4 bulan. Khusus untuk graduan baharu dan pencari kerja yang belum menerima tawaran pekerjaan, inisiatif ini bukan sahaja menambah pengalaman kerja tetapi juga menjanjikan potensi penyerapan ke dalam industri selepas tamat program.
MY MAHIR
MyMAHIR adalah sebuah platform dan inisiatif nasional yang dibangunkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Ia dibentuk untuk membantu memastikan bakat Malaysia dilengkapi dengan kemahiran masa hadapan—terutamanya dalam menghadapi cabaran AI, pendigitalan, dan ekonomi hijau
- Platform ini percuma untuk digunakan.
- Ada fungsi assessment kemahiran dan cadangan latihan.
- Pengguna akan terima newsletter bulanan dengan info latihan, peluang kerjaya & berita industri.
YP & SUNWAY TES (ACCA)
Program ini merupakan kerjasama antara Johor Talent Development Council (JTDC), Yayasan Peneraju (YP), dan Sunway TES – Centre for Accountancy Excellence (CAE), dengan tujuan memperkasakan belia Johor melalui persijilan profesional dalam bidang perakaunan (seperti ACCA dan ICAEW)
- YP menyediakan dana khas (“work-up skill”) untuk membiayai latihan profesional ACCA, bertujuan menyokong pembangunan modal insan dalam kalangan belia Johor
- Sunway TES CAE berperanan sebagai penyedia latihan rasmi, lengkap dengan fasiliti dan tenaga pengajar professional, untuk memastikan kualiti pendidikan memenuhi piawaian antarabangsa
Program ini khusus kepada rakyat Johor, terutama lepasan SPM, Diploma , dan Sarjana Muda dengan peluang latihan dan persijilan ACCA atau ICAEW. Ia menetapkan 600 tempat khas bagi peserta dari Johor untuk mendapatkan peluang kerjaya dalam bidang perakaunan profesional.