Southern Industry Engagement (SIE) 1.0

Satu sesi taklimat eksklusif untuk memperkenalkan peluang kolaborasi bersama industri dalam membentuk bakat masa depan Malaysia. Sesi ini  mengetengahkan program K-Youth (EduCity) & YPXLR8 (Yayasan Peneraju) — inisiatif nasional yang menyediakan calon berkemahiran tinggi dan bersedia untuk industri dalam bidang Digital dan Semikonduktor.

Antara objektif utama SIE 1.0 ialah:

💼 Memberi akses kepada syarikat terhadap calon-calon berkemahiran tinggi dan bersedia untuk diserap ke dalam industri.

💼 Menawarkan insentif pengambilan pekerja bagi setiap calon yang berjaya diambil bekerja.

💼 Memberi peluang kepada syarikat untuk menjadi lokasi latihan industri (On-the-Job Training) bagi calon program.

💼 Mewujudkan kerjasama strategik antara syarikat dan agensi dalam membentuk ekosistem bakat yang mampan, khususnya dalam bidang Digital dan Semikonduktor.

Kami sangat mengalu-alukan kerjasama ini dan yakin ia bakal memberi impak positif kepada pembangunan bakat di Johor. Semoga pertemuan ini jadi permulaan kepada lebih banyak inisiatif yang mampan, inklusif dan bermanfaat untuk rakyat Johor.🌟