Fungsi Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan
- Mengurus hal-hal pentadbiran dan perkhidmatan organisasi.
- Merancang pembangunan sumber manusia dan pembangunan organisasi seperti urusan perkhidmatan, perjawatan, latihan dan sebagainya.
- Mentadbir dan melaksanakan dasar, sistem dan prosedur kewangan organisasi.
- Merancang, menyedia dan mengurus bajet dan peruntukan organisasi.
Fungsi Bahagian Pembangunan dan Operasi
- Merancang dan menyelaras isu berkaitan penawaran dan permintaan modal insan negeri Johor dalam mengimbangi keperluan tenaga kerja berkualiti oleh para pelabur.
- Mengumpul dan menganalisa data berkaitan pekerjaan dan bekalan tenaga kerja di negeri Johor agar dapat dijadikan sumber rujukan dan boleh digunapakai oleh pelabur.
- Merancang, menyelaras dan melaksana program-program pembangunan modal insan Johor.