Mesyuarat Khas Johor Talent Development Council (JTDC) Di Pejabat HRD Corp, Iskandar Puteri

Setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, atas kesudian mempengerusikan Mesyuarat Khas Johor Talent Development Council (JTDC) di Pejabat HRD Corp, Iskandar Puteri pagi semalam.

Kehadiran dan kepimpinan YAB Dato’ memberi suntikan semangat serta mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa pembangunan bakat secara strategik dan inklusif, selari dengan agenda Johor-Singapore Special Economic Zone (JSSEZ).

Mesyuarat ini turut membincangkan perkembangan pelaksanaan inisiatif pembangunan modal insan yang mampu meningkatkan daya saing tenaga kerja Johor mengikut keperluan industri semasa, disamping menawarkan gaji premium bagi menarik dan mengekalkan bakat berkualiti tinggi.

Kami juga berbesar hati menerima kehadiran tetamu terawal ke pejabat baharu JTDC yang akan beroperasi pada bulan Julai ini. Pejabat ini akan menjadi pusat sehenti pembangunan bakat serta menjadi penghubung strategik antara institusi pendidikan dan industri.

Terima kasih kepada semua jabatan, institusi dan agensi yang terus komited dalam menjayakan aspirasi Johor sebagai hab pembangunan modal insan unggul di rantau ini.

Turut hadir adalah YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor dan Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Ketua Eksekutif, Iskandar Regional Development Authority (IRDA).