Meninjau Ke Pejabat Johor Talent Development Council (JTDC)
Pagi ini sebelum Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bermula, saya berkesempatan ke Pejabat Johor Talent Development Council (JTDC) untuk meninjau sendiri perkembangan terkini persiapan pejabat baharu ini yang bakal menjadi pusat pembangunan bakat anak Johor.
Dengan izin Allah, selewat-lewatnya akhir bulan Jun nanti, pejabat ini bakal mula beroperasi sepenuhnya dengan pelbagai program akan dijalankan seperti latihan, seminar dan pembangunan bakat yang akan memanfaatkan ramai warga Johor. Alhamdulillah, kini 35% persiapan telah siap dan berjalan lancar seperti dirancang.
Turut sama, YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor serta Encik Herman Raban, Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan (SMI) Johor.
Sama-sama kita doakan agar segala urusan dipermudahkan…