Lawatan Tapak Geran Bantuan Peralatan 2025 ke Johor Skills Development Centre (JSKILLS)

Encik Herman bin Raban, Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan Johor telah mengadakan lawatan tapak untuk meninjau fasiliti pusat latihan bagi geran bantuan peralatan Unit SMI kepada pusat latihan Johor Skills Development Centre (JSKILLS). Ketibaan telah disambut mesra oleh Dr Mohamad Anas Mohamad Annuar serta warga kerja Johor Skills Development Centre (JSKILLS).

Terima kasih diucapkan kepada pihak Johor Skills Development Centre (JSKILLS) atas kerjasama dan masa yang diluangkan bersama pihak Unit SMI.