Lawatan Tapak Geran Bantuan Peralatan 2025 ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang
Unit Strategik Modal Insan Johor telah mengadakan lawatan tapak untuk meninjau fasiliti pusat latihan bagi geran bantuan peralatan Unit SMI kepada pusat latihan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang sekaligus ke Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang Kampus Senai yang telah dibuka. Ketibaan telah disambut mesra oleh Ts. Dr. Alina Binti A Rahman, Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang dan Ts. Eza binti Monzaid, Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang serta warga kerja Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang atas kerjasama dan masa yang diluangkan bersama pihak Unit SMI.