Kunjungan Hormat Majlis Pegawai Kaunseling Pendidikan (MAPEKa) Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik

Sekretariat Johor Talent Development Council (JTDC) telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Pegawai Kaunseling Pendidikan Johor , dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara agensi kerajaan negeri dan Kolej Vokasional (KV) Johor.

Kunjungan ini bertujuan meneroka ruang dan peluang kolaborasi di bawah pelbagai inisiatif strategik JTDC, khususnya yang memberi fokus kepada pembangunan kemahiran, peningkatan kebolehpasaran, serta penciptaan peluang pekerjaan untuk rakyat Johor — terutamanya golongan belia dan komuniti luar bandar.

Pihak kami amat mengalu-alukan kerjasama ini dan percaya bahawa jalinan strategik seperti ini akan memberi impak positif kepada keseluruhan ekosistem pembangunan modal insan negeri Johor. Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada inisiatif yang lebih mampan, inklusif dan berdaya saing demi manfaat rakyat Johor.