Kunjungan Hormat FEMAC Zon Selatan Ke JTDC
Persatuan FeMAC Zon Selatan (Persatuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Johor Talent Development Council (JTDC) bagi mengeratkan hubungan strategik dan membincangkan potensi kerjasama dalam pembangunan modal insan berkemahiran tinggi di negeri Johor.
Turut dibincangkan adalah peluang penempatan latihan industri serta inisiatif intervensi kemahiran bagi menyokong agenda pembangunan negeri Johor.
#FeMACZonSelatan #JTDC #JPKMalaysia #TVET #KemahiranJohor #PembangunanModalInsan