Kunjungan Hormat Daripada The Change Leader

Sesi kunjungan ini telah membuka ruang perbincangan mengenai potensi kolaborasi dalam memperkukuh ekosistem pembangunan modal insan di Johor, khususnya dalam aspek pengukuhan kepimpinan, pemantapan kemahiran serta peningkatan daya saing tenaga kerja.

JTDC kekal komited untuk menjalin kerjasama dengan pelbagai rakan strategik, baik di peringkat dalam mahupun luar negara. Usaha ini adalah seiring dengan aspirasi memperkasakan agenda pembangunan bakat yang berimpak tinggi, demi mendukung visi Johor sebagai sebuah hab pembangunan modal insan yang progresif, berdaya saing, dan mampan.