Kunjung Hormat Unit Strategik Modal Insan Ke Johor Port Pasir Gudang
Tuan Mohd Razi bin Aziz selaku Pengurus Kanan Operasi, Unit Strategik Modal Insan Johor menghadiri sesi lawatan kunjung hormat yang telah diadakan bersama pihak Johor Port dan Johor Skills Development Centre (JSDC) bagi meneliti ruang dan peluang kerjasama strategik dalam pelaksanaan Program Pro-Mahir 2025.
Pertemuan ini membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh ekosistem pembangunan modal insan berkemahiran tinggi di negeri Johor melalui sinergi bersama industri dan penyedia latihan kemahiran.
Semoga kerjasama ini dapat memberi manfaat yang besar kepada belia Johor dan memperluas akses kepada peluang latihan dan pekerjaan berkualiti.
#ProMahir2025 #Skills4Johor #PembangunanBakat #JTDC #JohorPort #JSDC
————————————————————————-
COURTESY VISIT BY THE JOHOR HUMAN CAPITAL STRATEGIC UNIT TO JOHOR PORT, PASIR GUDANG
Mr. Mohd Razi bin Aziz, Senior Operations Manager of the Johor Human Capital Strategic Unit, attended a courtesy visit session with Johor Port and the Johor Skills Development Centre (JSDC) to explore potential strategic collaboration opportunities for the implementation of the Pro-Mahir 2025 Programme.
This meeting marks a new chapter in strengthening the skilled human capital development ecosystem in Johor through synergy between industry players and skills training providers.
It is hoped that this collaboration will bring great benefits to Johor’s youth and expand access to quality training and employment opportunities.