Johor Talent
Pengenalan
Majlis Pembangunan Bakat Johor atau Johor Talent Development Council (JTDC) adalah inisiatif strategik yang bertujuan untuk membangunkan bakat tenaga kerja tempatan di Johor, Malaysia.
Objektif
Objektif utamanya adalah untuk menyelaras kumpulan tenaga kerja mengikut keperluan industri, memastikan kumpulan tenaga kerja tempatan adalah berkemahiran, berdaya saing, dan responsif terhadap permintaan pasaran pekerjaan di Johor.
JTDC menawarkan peluang dalam 10+1 sektor utama seperti berikut:
Sektor-sektor ini dipilih berdasarkan potensi pertumbuhan mereka, permintaan terhadap tenaga kerja berkemahiran dan penyelarasan industri utama dalam JS-SEZ.
- Sektor pembuatan
- Sektor keterjaminan makanan
- Sektor ekonomi digital
- Sektor tenaga
- Sektor penjagaan kesihatan
- Sektor pelancongan
- Sektor pendidikan
- Sektor logistik
- Sektor perkhidmatan perniagaan
- Sektor perkhidmatan kewangan
FAQ
Adakah penubuhan JTDC akan memenuhi peluang pekerjaan yang tersedia?
Penubuhan JTDC bertujuan untuk merapatkan jurang antara bakat tenaga kerja dan peluang pekerjaan dengan memastikan individu tersebut dilatih secukupnya
dan memiliki kemahiran yang diperlukan oleh majikan. Walaupun ia mungkin tidak serta-merta dapat mengisi ke semua kekosongan jawatan, namun begitu
secara signifikan ia akan meningkatkan kebolehpasaran dan pemadanan pekerjaan dari masa ke masa.
Bagaimana JTDC menentukan kebolehpasaran sektor dalam pasaran pekerjaan?
JTDC menentukan kebolehpasaran sektor dengan melakukan penyelidikan pasaran tenaga kerja, menganalisis trend pekerjaan, berinteraksi dengan pihak
berkepentingan industri, dan menilai faktor pertumbuhan ekonomi. JTDC juga mengambil kira maklum balas daripada majikan dan data berkaitan kekosongan
pekerjaan serta kekurangan tenaga mahir.

Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh pemain industri kepada JTDC?
Pemain industri boleh memainkan peranan penting dengan memberikan pandangan tentang keperluan industri semasa, menawarkan peluang latihan
industri, menyertai proses pembangunan kurikulum, dan komited untuk mengambil graduan daripada saluran tenaga kerja JTDC. Mereka juga boleh
menyediakan dana dan sumber untuk menyokong inisiatif pembangunan bakat, bukan sahaja melalui biasiswa dan geran tetapi juga dengan melabur dalam
kemudahan latihan dan peralatan, membantu penyelenggaraan mesin, melatih jurulatih (ToT), dan membekalkan bahan latihan.
Bolehkah pembangunan JTDC menghasilkan "Bakat" yang memenuhi permintaan semasa industri?
Ya, pembangunan JTDC berpotensi untuk menghasilkan bakat yang memenuhi permintaan semasa industri. Dengan penumpuan kepada program latihan yang
disasarkan dan menyelaraskan pembangunan kemahiran mengikut keperluan pelbagai sektor, JTDC dapat meningkatkan kesediaan dan kebolehpasaran
tenaga kerja tempatan secara signifikan. Walaupun ia mungkin mengambil masa untuk sepenuhnya memenuhi semua keperluan industri, inisiatif ini adalah
langkah positif ke arah merapatkan jurang kemahiran dan memastikan pasaran pekerjaan yang lebih berdaya saing.
Bagaimana JTDC memainkan peranan dalam memastikan agenda TVET negeri tercapai?
JTDC menyokong agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negeri dengan bekerjasama dengan institusi TVET, memastikan program
yang ditawarkan adalah memenuhi piawaian dan keperluan industri, dan menyediakan laluan kerjaya bagi memudahkan proses peralihan para pelajar
dari alam pendidikan ke alam pekerjaan.
Bagaimana JTDC bekerjasama dengan sektor dalam membangunkan kemahiran pelajar?
JTDC bekerjasama membentuk perkongsian bersama pemain industri, institusi pendidikan, dan penyedia latihan. Asas perkongsian ini boleh memudah cara
latihan industri, pembelajaran berasaskan kerja (WBL), program perantisan, dan program latihan di tempat kerja. Selain itu, mereka bekerjasama untuk
menyelaraskan kurikulum dan program latihan mengikut keperluan industri.
Bolehkah JTDC mengurangkan peratusan pekerja yang bekerja dalam jawatan yang tidak sesuai dengan kelayakan sebenar mereka?
Ya, JTDC boleh membantu mengurangkan kadar ketidak padanan dengan menyediakan program latihan dan pembangunan yang disasarkan, selaras
dengan kelayakan dan kemahiran yang diperlukan oleh majikan. Dengan meningkatkan keberkesanan di antara pembelajaran dan program latihan, JTDC
dapat memperbaiki pemadanan pekerjaan dan mengurangkan kadar ketidak padanan pekerjaan.
Apakah cabaran yang perlu dihadapi untuk memajukan "Bakat" di Johor?
Cabaran termasuk menyelaraskan hasil pendidikan dengan keperluan industri, memastikan akses kepada latihan berkualiti untuk semua golongan, mengatasi
halangan geografi dan sosioekonomi, mengikuti perkembangan teknologi yang pesat, dan mengekalkan bakat dalam negeri ini.
Takwim aktiviti 2025
Akan Datang
Senarai syarikat atau pemain industri, pelabur, institusi pendidikan yang telah bekerjasama dengan JTDC
Akan Datang