Johor Talent
SKILLS4JOHOR
Pengenalan Ringkas tentang Skills4Johor
SKILLS4JOHOR ialah sebuah inisiatif di bawah Majlis Pembangunan Bakat Johor (Johor Talent Development Council – JTDC) yang bertujuan meningkatkan kemahiran tenaga kerja di Johor bagi memenuhi permintaan industri, khususnya dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Program ini dibiayai melalui peruntukan khas sebanyak RM20 juta, dengan matlamat utama:
- Meningkatkan kemahiran tenaga kerja untuk memenuhi keperluan industri.
- Meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja dengan sasaran gaji premium.
- Mengurangkan ketidakpadanan kemahiran antara tenaga kerja dan keperluan industri.
- Menyusun semula ekosistem latihan dan tenaga kerja untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Johor.
Program ini menyasarkan rakyat Johor atau pemastautin yang telah menetap lebih dari 5 tahun, serta pelajar lepasan diploma dan TVET. Latihan disediakan oleh institusi latihan berakreditasi, dan penyertaan majikan adalah digalakkan untuk memastikan kebolehpasaran tinggi peserta selepas tamat latihan.
Pemantauan, penilaian hasil latihan, dan pembayaran dilakukan dengan ketat bagi memastikan ketelusan serta keberkesanan inisiatif ini dalam membentuk tenaga kerja berkualiti di Johor.