JTDC : Padanan Industri & Institusi Pendidikan Terus Diperkasa

Alhamdulillah, selesai Mesyuarat Gerak Kerja Johor Talent Development Council (JTDC) bersama Sekretariat JTDC bagi memperkemas pelaksanaan inisiatif pembangunan bakat anak Johor.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah kerjasama strategik bersama TalentBank dalam usaha memadankan graduan dengan keperluan industri semasa demi memperkukuh akses kepada peluang pekerjaan, penilaian kebolehpasaran dan pembangunan kemahiran secara holistik.

Pelancaran Johor Talent Hub iaitu Pejabat Baharu JTDC yang bertemakan “Building Talent, Creating Opportunities” merupakan sebuah pusat sehenti yang bakal menghubungkan pencari kerja, pelajar, graduan dan industri dalam satu ekosistem atau payung pembangunan kerjaya yang mantap.

Turut diketengahkan ialah peranan institusi pengajian tinggi (IPT) di Johor kini akan diperkasa sebagai Wakil Rasmi JTDC di kampus masing-masing. Peranan ini membolehkan IPT menjadi nadi penggerak bakat muda, memudahcara pencarian peluang kerjaya serta menyampaikan maklumat secara terus kepada mahasiswa.

In Shaa Allah semoga semuanya berjalan dengan lancar seperti apa yang dirancangkan.