Johor Economic Transformation Programme (JETP)
Satu sesi libat urus strategik telah diadakan bagi membincangkan hala tuju awal intervensi di bawah kerangka Johor Economic Transformation Programme (JETP), dengan fokus utama kepada pembangunan modal insan melalui Johor Talent Development Council (JTDC).
Sesi ini bertujuan untuk mengenal pasti bidang keutamaan, menyelaras inisiatif sedia ada, serta merangka pelan tindakan yang menyokong aspirasi Johor ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan berdaya tahan.
Kolaborasi rentas sektor ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam memperkasa ekosistem bakat tempatan demi pembangunan ekonomi yang inklusif dan mampan.
#JETP #JTDC #JohorMaju #StrategicPlanning #EconomicTransformation #TalentDevelopment