Jemputan Taklimat | Program Profesional ACCA & ICAEW

Johor Talent Development Council (JTDC), dengan kerjasama strategik bersama Sunway TES dan Yayasan Peneraju Bumiputera, berbesar hati menganjurkan taklimat bagi Program Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW).

Taklimat ini turut melibatkan penglibatan aktif daripada 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 (𝐉𝐏𝐍)  dan 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 (𝐏𝐏𝐃) sebagai usaha bersama dalam membina laluan kerjaya profesional untuk pelajar berpotensi tinggi.

Program ini menawarkan:

✅ Pembiayaan penuh kepada peserta yang layak
✅ Terbuka kepada lepasan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
✅ Jaminan penempatan pekerjaan dengan pendapatan yang kompetitif

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha JTDC dalam memperkasa bakat Johor ke arah kerjaya profesional bertaraf global.