Taklimat Program ACCA Untuk Pelajar Tingkatan Enam Negeri Johor 2025
Johor Talent Development Council (JTDC), dengan kerjasama Yayasan Peneraju Bumiputera dan Sunway TES, telah menganjurkan sesi taklimat Program Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) kepada pelajar Tingkatan Enam di Negeri Johor.
Inisiatif ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar Bumiputera mengenai peluang tajaan penuh dalam bidang perakaunan profesional serta memperkenalkan laluan kerjaya ACCA yang menawarkan prospek masa depan yang cerah dan kompetitif.
Usaha ini adalah selari dengan komitmen JTDC dalam memperkasa modal insan Johor ke arah kecemerlangan global.