Perbincangan Strategik Bersama JTDC ke Arah ICMLP 2025

Satu sesi perbincangan telah diadakan bersama 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐓𝐚𝐥𝐞𝐧𝐭 𝐃𝐞𝐯𝐞𝐥𝐨𝐩𝐦𝐞𝐧𝐭 𝐂𝐨𝐮𝐧𝐜𝐢𝐥 (𝐉𝐓𝐃𝐂) bagi membincangkan peluang kerjasama serta mendapatkan sokongan dalam melibatkan pemain industri daripada sektor logistik dan maritim.

Perbincangan ini merupakan langkah awal ke arah penganjuran International Conference on Maritime Logistics and Port (ICMLP 2025) yang akan dianjurkan oleh 𝐍𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐝𝐬 𝐌𝐚𝐫𝐢𝐭𝐢𝐦𝐞 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐲 𝐂𝐨𝐥𝐥𝐞𝐠𝐞 (𝐍𝐌𝐔𝐂) dengan kerjasama strategik 𝐉𝐓𝐃𝐂.

Penyertaan sektor industri adalah elemen penting dalam memastikan persidangan ini menjadi platform berimpak tinggi bagi pertukaran pengetahuan, jaringan profesional dan pengukuhan ekosistem maritim serta logistik di peringkat serantau dan antarabangsa.

#ICMLP2025 #NMUC #JTDC #StrategicEngagement #MaritimeLogistics #IndustrialCollaboration #Korporat #SektorMaritim #LogistikMalaysia