Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang 2025
Seawal 7.30 pagi, reruai Johor Talent Development Council – JTDC di serbu orang ramai dari seluruh daerah di negeri Johor yang ingin tahu berkenaan inisiatif yang disediakan.
Serta tawaran kepada Rakyat Johor, Sijil Akuantan – ACCA (Tajaan 100% oleh Yayasan Bumiputera kepada Bumiputera Johor yang dikendalikan oleh Sunway TES College Johor Bahru)
Jam 10.00 pagi ini, Ayuh rakyat Malaysia! Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang 2025 bersama YAB Perdana Menteri Malaysia diiringi YAB Menteri Besar Johor dan barisan YB Menteri dan YB Setiausaha Negara dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor ! Sambutan Yang Luar Biasa seluruh rakyat Malaysia di Johor !
Tawaran kepada Rakyat Johor, Sijil Akuantan – ACCA (Tajaan 100% oleh Yayasan Bumiputera kepada Bumiputera)
Mendapatkan maklumat terkini berkaitan peluang TVET di Johor
Berinteraksi terus bersama pegawai JTDC
Menyertai aktiviti menarik & mendapatkan hadiah eksklusif
Lokasi: Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor
Tarikh: 26 & 27 Julai 2025 (Sabtu & Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Tahniah & Syabas kepada pihak penganjur Kementerian Komunikasi , Jabatan Penerangan Malaysia & Jabatan Penerangan Negeri Johor berjaya melaksanakan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang 2025 di Negeri Johor. Lagu tema rasmi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 bertajuk “Malaysia MADANI Rakyat Disantuni” menerapkan mesej nilai kemanusiaan, keadilan dan kesejahteraan sosial telah diperdengarkan buat pertama kalinya.
Mari kita semarakkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan meraikan Malaysia tercinta.