Temui Reruai JTDC Bersempena Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang 2025
Unit Strategik Modal Insan Johor selaku sekretariat Johor Talent Development Council – JTDC akan turun padang bagi menyampaikan pelbagai inisiatif serta peluang latihan kemahiran, penempatan kerja, dan pembangunan modal insan yang ditawarkan di bawah program Kerajaan Negeri Johor.
Ayuh rakyat Malaysia! Sertai Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang 2025 bersama YAB Perdana Menteri!
Jangan lepaskan peluang untuk:
Mendapatkan maklumat terkini berkaitan peluang TVET di Johor
Berinteraksi terus bersama pegawai JTDC.
Menyertai aktiviti menarik & mendapatkan hadiah eksklusif
Lokasi: Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor
Tarikh: 26 & 27 Julai 2025 (Sabtu & Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Mari kita semarakkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan meraikan Malaysia tercinta.