Mesyuarat Bulanan Johor Talent Development Council (JTDC)
Mesyuarat bulanan Johor Talent Development Council (JTDC) telah berjaya diadakan pada petang semalam, 27 Mei 2025, dan dipengerusikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada perkembangan pelaksanaan inisiatif strategik di bawah JTDC yang menyokong agenda pembangunan modal insan negeri Johor. Turut dibincangkan ialah hala tuju jangka sederhana dan panjang dalam memperkukuh ekosistem bakat Johor, selaras dengan keperluan semasa industri dan aspirasi pembangunan negeri.
JTDC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar Johor serta semua pihak yang komited dalam menjayakan aspirasi Johor sebagai peneraju pembangunan bakat masa hadapan.
Turut hadir ialah YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor dan Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar.
Sumber Facebook: Johor Talent Development Council – JTDC