Skills Johor Dibangunkan Bagi Memperkukuh Pelaksanaan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC)

Bagi memperkukuh pelaksanaan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC), inisiatif Skills Johor telah dibangunkan sebagai sebuah ekosistem pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) bersepadu yang bukan sahaja menjadi pemacu utama dalam penyelarasan dasar pembangunan modal insan dan keperluan industri, malah turut membuka laluan mobiliti sosial secara inklusif kepada Orang Muda Johor menerusi pendidikan kemahiran, latihan industri serta pembangunan bakat yang mampan.